Bomba menyelamatkan dua keluarga selepas rumah mereka terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Jalan Damai 8, Kampung Sentosa Damai di sini, jam 7.15 petang semalam. FOTO JBPM JOHOR
Bomba menyelamatkan dua keluarga selepas rumah mereka terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Jalan Damai 8, Kampung Sentosa Damai di sini, jam 7.15 petang semalam. FOTO JBPM JOHOR
Oleh Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Bomba menyelamatkan dua keluarga selepas rumah mereka terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Jalan Damai 8, Kampung Sentosa Damai di sini, jam 7.15 petang semalam.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli A Hamid, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati banjir kilat setinggi 0.91 meter di sekitar kawasan kampung berkenaan.

"Terdapat sepuluh mangsa iaitu empat lelaki dan wanita dewasa, yang diselamatkan di lokasi termasuk seorang warga emas wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

"Tindakan operasi memindahkan semua mangsa ke tempat pemindahan sementara iaitu Surau Al-muzakkir Kampung Sentosa menggunakan satu bot jenis fiber milik penduduk kampung," katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Beliau berkata, air surut kira-kira 0.3 meter pada jam 8.43 malam dan tiada lagi mangsa yang perlu dipindahkan dan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 8:44 AM