Terletak di Wisma BU8, pasar raya ini menjual pelbagai barangan runcit dan produk berkualiti tinggi. - FOTO HaloGrocer
Terletak di Wisma BU8, pasar raya ini menjual pelbagai barangan runcit dan produk berkualiti tinggi. - FOTO HaloGrocer
Nur Amirah Abd Rani

PENINGKATAN harga barangan keperluan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengguna terutama peniaga untuk berbelanja dan membeli barangan dapur. 

Memahami keperluan dan keadaan semasa, HaloGrocer sebuah pasar raya menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia membeli belah pada harga lebih berpatutan. 

Terletak di Wisma BU8, pasar raya ini menjual pelbagai barangan runcit dan produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif, direka khusus untuk pelanggan yang suka membeli secara pukal.

Selain itu, pasar raya ini juga menyediakan promosi mingguan pada setiap Jumaat hingga ahad dikenali sebagai Hoh Seh Deals. 

Promosi ini menawarkan harga barangan serendah RM1 khas untuk pembelian di kedai saja. 

Selain itu, HaloGrocer juga menyediakan promosi bulanan iaitu pembelian secara kombo yang lebih jimat.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli belah  pada hujung minggu yang lagi menjimatkan di HaloGrocer!

Bukan hanya menjual barangan secara pukal, HaloGrocer juga menyediakan bahagian HaloChef iaitu hidangan sedia dimasak bagi memudahkan urusan dan memuaskan selera setiap pelanggan. 

Pelanggan kini boleh membeli pelbagai jenis makanan seperti hidangan gourmet, pasta dan pastri. 

Setiap hidangan yang dijual di HaloGrocer adalah sedia untuk dimasak yang boleh menjimatkan masa pelanggan. 

Pelanggan kini boleh terus menyediakan masakan tanpa perlu mengira waktu penyediaan memasak yang biasanya memakan masa yang lama kerana  setiap bahan yang dijual  disediakan lengkap dan tidak perlu dibasuh lagi. 

Ini kerana setiap makanan yang dijual boleh dinikmati dengan langkah mudah dan dapat dinikmati dalam masa singkat. 

Pelanggan hanya perlu imbas kod QR untuk menonton video masakan sebagai panduan untuk memasak setiap bahan. 

Selain makanan sedia dimasak (RTC), HaloGrocer juga menjual hasil segar yang berkualiti tinggi. 

HaloGrocer turut mengutamakan kesegaran bahan dan memastikan hanya produk berkualiti tinggi di jual di premis itu.

Pelanggan kini boleh menjimatkan masa untuk membeli belah barangan basah dan segar di HaloGrocer yang dijual pada harga berpatutan melalui aplikasi HaloGrocer dan menerima pesanan dalam masa 30 minit.

Antara makanan siap di masak (RTC) yang tersedia di HaloGrocer adalah hidangan ayam yang unik dan menarik dimasak dengan sempurna. 

Semua bahan untuk hidangan laut dan sayur sayuran adalah bahan yang segar dan sihat. 

Antara pilihan menu makanan siap di masak (RTC) di HaloGrocer adalah Ayam KungPao, Ayam Korean Army Stew, Ayam Serai dan Pasta Bolognese. 

Buat pelanggan yang gemar makan makanan laut, jangan lepaskan peluang menikmati Udang Galah dengan harga yang berpatutan. 

Di HaloGrocer, udang galah hidup dijual dengan RM158 dan RM188 bagi masakan hotpot yang mana pelanggan hanya perlu memilih saiz udang galah hidup dan pilih dua sup pilihan mereka. 

Bercakap tentang memasak, HaloGrocer turut menjual peralatan dapur yang terkini meliputi jenama tempatan dan antarabangsa. 

Bukan itu saja, peralatan dapur yang dijual adalah disyorkan dan sesuai untuk digunakan untuk memasak makanan sedia di masak dari HaloGrocer. 

Pelanggan boleh membeli belah di HaloGrocer @ Wisma BU8 L1-01, Wisma BU 8, 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Waktu operasi 9 pagi sehingga 10 malam. 

Jangan lepaskan peluang untuk hadir memeriahkan pembukaan pasar raya HaloGrocer cawangan kedua di PJ8 13 Oktober ini!

Bertempat di HaloGrocer @ PJ8 No. 3 Basement & Ground Floor Bangunan Khas Jalan 8/1E, Jalan Barat, Pjs 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke laman web rasmi HaloGrocer atau ke laman Facebook.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 11:37 AM