GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Tempoh reman bapa kandung dan ibu tiri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kejadian di Bahau, disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, permohonan menyambung reman ke atas lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 27 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat hari ini.

Katanya polis sedang melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Sambungan reman selama tujuh hari itu bermula hari ini sehingga 26 September depan," katanya ringkas ketika dihubungi media.

Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak - kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 5:13 PM