ERROL Musk. Foto AFP
ERROL Musk. Foto AFP
Agensi

San Francisco: Bapa kepada Elon Musk mendedahkan dia mempunyai seorang lagi anak hasil perkongsian hidup dengan anak perempuan tirinya.

Errol Musk, 76, berkata, dia mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun dengan anak tirinya, Jana Bezuidenhout, 35.

Katanya, anak perempuannya itu dilahirkan pada 2019.

Sebelum itu, mereka mempunyai anak lelaki, Elliot Rush yang kini berusia lima tahun.

"Ia tidak dirancang. Saya dan (Jana) Bezuidenhout tinggal bersama kira-kira 18 bulan selepas kelahiran anak pertama kami, Elliot.

"Kami (kini) tidak lagi tinggal bersama, tetapi mempunyai rasa sayang yang mendalam di antara satu sama lain," katanya kepada The Sun, Rabu lalu.

Musk yang tua 41 tahun daripada Bezuidenhout berkata, anak perempuan kandungnya terkejut hubungannya dengan Jana.

"Bagi mereka itu adalah kakak mereka.

"Mereka masih berasa agak menyeramkan mengenainya kerana dia adalah kakak mereka. Kakak tiri mereka," katanya.

Katanya, dia tidak menolak mempunyai ramai anak lagi jika berkemampuan.

Ibu kepada Jana, Heide dan Musk berkahwin selama 18 tahun dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Jana hanya berumur empat tahun ketika Musk menjadi bapa tirinya.

The New York Post melaporkan dia kini mempunyai tujuh anak termasuk Elon.

Awal bulan ini, Insider melaporkan Elon secara senyap-senyap mempunyai anak kembar pada bulan November dengan salah seorang eksekutif Neuralink, Shivon Zilis.

Ini bermakna dia mempunyai sembilan anak yang diketahui umum.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 7:00 AM