DANNI Rais. FOTO arkib NSTP
DANNI Rais. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Seremban: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Klawang, Danni Rais tewas pada 8.45 malam.

Anak bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim itu tewas kepada penyandang, Datuk Bakri Sawir dari Pakatan Harapan (PH).

Bakri memperoleh 4,598 undi berbanding Danni yang memperoleh 4,016 undi manakala Saiful Bahri Jamaan dari Bebas memperoleh 394 undi.

LANGSUNG: Keputusan terkini PRN 2023

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 8:54 PM