LEBIH 9.67 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

Turut diadakan hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Kesemua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup pada 6 petang.

Ikuti laporan langsung Harian Metro sekitar hari pengundian di seluruh negara.


LANGSUNG: Keputusan terkini PRN 2023


6 petang: Kesemua 3,190 pusat mengundi PRN ditutup.


4 petang: Undi awal dikira SPR dan disiarkan secara langsung melalui Facebook.


Calon PN bagi Dun Paya Terubong, Andrew Ooi membuat dua laporan polis berhubung peti undi tidak ditutup sempurna.


Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan kenyataan yang tular berhubung PAS menolak Prof Haim Hilman Abdullah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.


Polis Kedah menerima tiga laporan berhubung nama dan kad pengenalan milik individu digunakan sebelum mengundi pada PRN.


4 petang: Peratusan keluar mengundi:
Kedah: 68 peratus
Kelantan: 56 peratus
Terengganu: 70 peratus
Pulau Pinang: 67 peratus
Selangor: 65 peratus
Negeri Sembilan: 62 peratus


Beberapa pemimpin parti politik merayu supaya pengundi keluar menunaikan tanggungjawab berikutan peratusan keluar mengundi rendah.


3.20 petang: Calon Pas untuk DUN Pasir Pekan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob tiba di SMK Kampung Laut, Tumpat untuk mengundi.


3 petang: Peratusan keluar mengundi:
Kedah: 63 peratus
Kelantan: 51 peratus
Terengganu: 64 peratus
Pulau Pinang: 60 peratus
Selangor: 58 peratus
Negeri Sembilan: 56 peratus

2 petang: Empat pusat pengundian di empat kerusi Dun di Selangor ditutup.


12 tengah hari: Peratusan keluar mengundi menurut SPR:
Kedah: 41 peratus
Kelantan: 34 peratus
Terengganu: 42 peratus
Pulau Pinang: 38 peratus
Selangor: 36 peratus
Negeri Sembilan: 35 peratus


PN dakwa PH edar cetakan mirip kertas undi


MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 4 petang yang dijangka berlaku di tujuh negeri termasuk dua negeri terlibat dalam PRN iaitu Kedah dan Terengganu.


2 petang: Peratusan keluar mengundi menurut SPR:
Kedah: 56 peratus
Kelantan: 45 peratus
Terengganu: 56 peratus
Pulau Pinang: 53 peratus
Selangor: 51 peratus
Negeri Sembilan: 49 peratus


Proses pengundian di SK Seri Relau, Georgetown terhenti sementara selepas sebuah peti undi didakwa tidak ditutup sempurna.


2 petang: Proses pengundian berjalan lancar, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain


1 tengah hari: Peratusan keluar mengundi menurut SPR:
Kedah: 49 peratus
Kelantan: 40 peratus
Terengganu: 50 peratus
Pulau Pinang: 46 peratus
Selangor: 44 peratus
Negeri Sembilan: 42 peratus


Wanita membuat laporan polis selepas dimaklumkan ada orang yang sudah menggunakan kad pengenalannya untuk mengundi.


1 tengah hari: Aliran trafik lancar dan tiada kesesakan luar biasa dilaporkan sempena PRN di enam negeri.


Khairy Jamaluddin (dua kiri) hadir mengundi di SMA Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong sempena PRN Negeri Sembilan. FOTO Azrul Edham
Khairy Jamaluddin (dua kiri) hadir mengundi di SMA Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong sempena PRN Negeri Sembilan. FOTO Azrul Edham


12.30 tengah hari: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tiba di SJKC Sin Hua untuk mengundi.


12 tengah hari: Peratusan keluar mengundi menurut SPR:
Kedah: 41 peratus
Kelantan: 34 peratus
Terengganu: 42 peratus
Pulau Pinang: 38 peratus
Selangor: 36 peratus
Negeri Sembilan: 35 peratus


Tiada sebarang laporan diterima setakat ini membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) sepanjang PRN di enam negeri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.


11.45 pagi: Calon BN bagi DUN Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin tiba di SK Taman Seri Gombak 2, untuk mengundi.


11 pagi: Peratusan keluar mengundi menurut SPR:
Kedah: 32 peratus
Kelantan: 26 peratus
Terengganu: 33 peratus
Pulau Pinang: 29 peratus
Selangor: 28 peratus
Negeri Sembilan: 27 peratus


Pengundi hadir ketika hujan bagi menunaikan tanggungjawab di SK Seri Penanti, Kubang Semang bagi kerusi Dun Permatang Pasir. FOTO Danial Saad
Pengundi hadir ketika hujan bagi menunaikan tanggungjawab di SK Seri Penanti, Kubang Semang bagi kerusi Dun Permatang Pasir. FOTO Danial Saad


10 pagi: Peratusan keluar mengundi paling rendah di Kelantan iaitu sebanyak 17 peratus, manakala Negeri Sembilan (18 peratus), Selangor (19 peratus), Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20 peratus dan Terengganu (22 peratus)


Proses pengundian di enam negeri PRN berjalan lancar. Orang ramai diminta patuh arahan polis yang bertugas di pusat mengundi - Timbalan Ketua Polis Negara


Sebanyak 131 kertas siasatan pelbagai kesalahan PRN dibuka di enam negeri sehingga hari ini - Timbalan Ketua Polis Negara


10.59 pagi: Calon BN bagi DUN Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz tiba si SK Semenyih untuk mengundi.


9.35 pagi: Penyandang DUN Seberang Takir daripada BN, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menjalankan amanahnya sebagai pengundi di SMK Kompleks Seberang Takir, dekat Kuala Nerus bersama isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria.


9.33 pagi: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat pengundian bagi DUN Permatang Pasir


9.25 pagi: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di SK Naka untuk mengundi.


Cuaca baik di hampir semua negeri terbabit PRN


9.22 pagi: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selesai mengundi di SK Titi Gajah.




Altimet mengundi di SMK Seri Keramat. 'Saya penat, mahu tidur selepas ini'


9 pagi: Menurut SPR, peratusan keluar mengundi masing-masing 10 peratus di Selangor, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah 10 manakala 9 peratus di Negeri Sembilan dan 8 peratus di Kelantan.

Bagi, Parlimen Kuala Terengganu, 10 peratus pengundi keluar mengundi.




8:50 pagi: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengundi di SMK Dato' Haji Mohd Redza.


Pemuda OKU teruja dapat mengundi


8.30 pagi: Calon PAS bagi DUN Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tiba di SK Panji.

8.30 pagi: Calon PH Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamarudin selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat. Kedatangannya menolak kerusi roda isteri tercinta menarik perhatian ramai pengundi.



8.27 pagi: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di SMK Dato' Haji Mohd Redza untuk mengundi.


8.24 pagi: Penyandang kerusi DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga calon PH tiba di SJKC Selayang Baru untuk mengundi.


8.17 pagi: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Pusat Pembuangan Undi (PPU) di SK Rusila, Marang.


Diva AA antara paling awal beratur untuk mengundi


8.04 pagi: Calon PH bagi DUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet tiba di SMK Seri Keramat.


Pusat pengundian PRN 6 negeri, PRK Kuala Terengganu dibuka 8 pagi

ORANG ramai hadir menunaikan tanggungjawab untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Kubang Semang di sini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir, Permatang Pauh. FOTO Danial Saad
ORANG ramai hadir menunaikan tanggungjawab untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Kubang Semang di sini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir, Permatang Pauh. FOTO Danial Saad


7.50 pagi: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di SMK Seri Nering.


7.50 pagi: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga calon BN DUN Kijal tiba di perkarangan Telok Kalong, Kijal ditemani isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dan ibu mertua serta saudara mara.


Pengundi mula beratur seawal 7 pagi

PENGUNDI mula beratur di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa dalam Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Hulu Selangor, seawal jam 7 pagi. Gambar Ismail Mat.
PENGUNDI mula beratur di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa dalam Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Hulu Selangor, seawal jam 7 pagi. Gambar Ismail Mat.


Berita berkaitan PRN 2023

Senarai calon PRN Kelantan

Senarai calon PRN Terengganu, PRK Kuala Terengganu

Senarai calon PRN Negeri Sembilan

Senarai calon PRN Kedah

Senarai calon PRN Selangor

Senarai calon PRN Pulau Pinang

PETUGAS SPR melakukan pemeriksaan maklumat pada botol dakwat kekal semasa membuat persediaan kit peralatan pusat mengundi sebelum dibawa ke pusat mengundi di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah, semalam. FOTO Bernama
PETUGAS SPR melakukan pemeriksaan maklumat pada botol dakwat kekal semasa membuat persediaan kit peralatan pusat mengundi sebelum dibawa ke pusat mengundi di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah, semalam. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 8:13 AM