(Dari kiri) Ahli akademik APU: Prof Madya Dr Tan Chin Ike, Zailan Arabee Abdul Salam, Prof Madya Wong Bee Suan, Prof Ir Dr Vinesh Thiruchelvam, Prof Madya Dr Thang Ka Fei, Debbie Liew Pooi Kuan dan Prof Madya Ir Dr Siva Kumar Sivanesan yang mewakili School of Technology (SoT), School of Computing (SoC), School of Media, Arts, and Design (SoMAD) dan School of Engineering (SoE) meraikan kejayaan merangkul Anugerah Fakulti Cemerlang PDTI MDEC 2022. - FOTO APU
(Dari kiri) Ahli akademik APU: Prof Madya Dr Tan Chin Ike, Zailan Arabee Abdul Salam, Prof Madya Wong Bee Suan, Prof Ir Dr Vinesh Thiruchelvam, Prof Madya Dr Thang Ka Fei, Debbie Liew Pooi Kuan dan Prof Madya Ir Dr Siva Kumar Sivanesan yang mewakili School of Technology (SoT), School of Computing (SoC), School of Media, Arts, and Design (SoMAD) dan School of Engineering (SoE) meraikan kejayaan merangkul Anugerah Fakulti Cemerlang PDTI MDEC 2022. - FOTO APU
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) diiktiraf sebagai penerima Anugerah Fakulti Cemerlang Premier Digital Tech Institution (PDTI) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), baru-baru ini.

Ia diberikan atas prestasi cemerlang dan dedikasi APU dalam usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi melalui penyelidikan dan pendidikan terkini, disertai dengan pembabitan dan kerjasama industri yang kukuh serta pembangunan kerjaya serta perkhidmatan penempatan yang aktif.

Terdahulu, APU diiktiraf sebagai PDTI oleh MDEC pada 2017 dan meneruskan kecemerlangannya dengan pengiktirafan Anugerah Fakulti Cemerlang PDTI MDEC 2022 pada suku pertama 2023.

Penghargaan itu diberikan kepada empat sekolahnya yang terdiri daripada School of Computing (SoC), School of Technology (SoT), School of Engineering (SoE) dan School of Media, Arts and Design (SoMAD).

Keempat-empat sekolah itu membuktikan prestasi mereka terutamanya dalam jumlah anugerah yang dimenangi pelajar dan kakitangan, serta rekod 100 peratus graduan yang berkebolehpasaran.

Penubuhan Centres of Excellence (CoE) yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa serta usaha penjenamaan yang sangat berkesan juga diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian.

Selain itu, kekuatan dan keupayaan dalam teknologi digital yang dipamerkan pelajar dan kakitangan akademik APU turut diiktiraf.

Pada majlis sama, pelajar Sarjana Sains Data APU, Dooshyant Rai Kallychurn dari Mauritius turut menerima Anugerah Pelajar-Individu Kedua Terbaik selepas memperoleh Ijazah Kejuruteraan Perisian daripada APU.

Dooshyant diiktiraf untuk pelbagai anugerah yang dimenanginya, termasuk pingat emas dalam pertandingan Connecting Academia Society and Industry Alliance dan dua pingat perak dalam International Invention, Innovation and Design Expo (INoDEx) dan International Research and Symposium and Exposition (RISE).

Pensyarah Kanan SoC, Dr Siti Azreena Mubin pula diiktiraf sebagai ahli akademik yangnmendapat penghormatan di bawah kategori 'Ahli Fakulti Terbaik' melengkapkan anugerah yang dimenangi APU.

Pencapaian ketara Siti Azreena dalam kerjayanya merangkumi usaha dan kejayaan belia dalam memastikan piawaian akreditasi pengajaran dan pembelajaran mencapai standard kualiti dan inovasi tertinggi terutamanya dalam bidang Realiti Tambahan (AR) dan Realiti Maya (VR).

Semua anugerah itu disampaikan Pengurus Kanan Bakat dan Keupayaan (tertiari) MDEC, Nik Hishamuddin Nik Mohd Yusoff kepada Ketua Pegawai Inovasi dan Perusahaan APU, Prof Ir Dr Vinesh Thiruchelvam.

Hadir sama pada majlis penyampaian anugerah ialah Ketua Kanan SoT, Prof Madya Dr Thang Ka Fei, Ketua SoC, Prof Madya Dr Tan Chin Ike dan Pensyarah Kanan SoC, Zailan Arabee Abdul Salam.

Pengurus Kanan Bakat dan Keupayaan (tertiari) MDEC, Nik Hishamuddin Nik Mohd Yusoff (dua dari kanan) menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Pegawai Inovasi dan Perusahaan APU, Prof Ir Dr Vinesh Thiruchelvam. - FOTO APU

Vinesh berkata, untuk mencapai matlamat ini, APU mengukuhkan model pendidikan yang unik berdasarkan hasil di mana ia mewujudkan transformasi pelajar menjadi profesional yang berkebolehpasaran tinggi.

Katanya, rakan industri secara konsisten dan aktif turut memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan kualiti, pembangunan kurikulum dan kandungan serta bimbingan pelajar bersesuaian mengikut keadaan semasa.

"Pelajar didedahkan kepada pendekatan terkini serta projek sebenar untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka, dan ahli akademik APU juga didedahkan dengan amalan industri oleh rakan industri APU.

"Dalam hal ini, lapan pusat inovasi dan teknologi APU di kampus Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah menyiapkan projek berdasarkan penyelidikan dan aplikasi industri melalui kerjasama industri," katanya.

Sebagai sebuah Institusi Teknologi Digital Perdana, APU menerajui transformasi pendidikan tinggi digital, di mana semua program akademik yang ditawarkannya dipacu oleh teknologi terkini dalam semua bidang, terutamanya Internet Pelbagai Benda (IoT), Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Keselamatan Siber, Forensik Digital, Pengkomputeran Awan, Kecerdasan Buatan (AI), Pembangunan Permainan Video, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, E-perniagaan, Pemasaran Digital, Realiti Maya (VR), Realiti Tambahan (AR), Kepimpinan Digital, Teknologi Kewangan (FinTech), Teknologi Perakaunan (AccTech), Reka Bentuk Perindustrian, Teknologi Mudah Alih, Animasi, Kesan Visual (VFX) dan banyak lagi.

Naib Canselor APU, Prof Dr Ho Chin Kuan berkata, dalam merangka strategi IR4.0 ini, semua program akademik yang ditawarkan di APU memanfaatkan teknologi baharu yang pesat membangun di seluruh dunia.

"Ia dibangunkan sebagai tindak balas kepada ledakan permintaan global untuk teknologi dan inovasi serta transformasi digital, katanya.

Selain Anugerah Fakulti Cemerlang PDTI MDEC, APU juga memenangi beberapa anugerah lain tahun ini, termasuk kumpulan penyelidik APU menjuarai Data Mining Cup 2023 (Berlin, Jerman), Johan ImpactHack 2023, Juara Kebangsaan dalam Kejohanan Kebangsaan Adobe Certified Professional (ACP) Malaysia 2023, Johan Pertandingan HILTI IT 2023 dan banyak lagi.

Kampus APU yang dibina khas dengan reka bentuk ultra-moden terletak secara strategik di Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), Kuala Lumpur. - FOTO APU

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh APU, sila hubungi kaunselor APU bagi membantu anda memahami pilihan serta memilih program yang bersesuaian dengan anda.

Sila layari www.apu.edu.my, hubungi 03-8996 1000/1300 888 278 (bebas tol) atau e-mel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2023 @ 3:57 PM