MENUNTUT di APU memberi pengalaman luar biasa kepada pelajar.
MENUNTUT di APU memberi pengalaman luar biasa kepada pelajar.
Oleh Hamizah Badiran

University of Technology & Innovation (APU), memiliki reputasi sebagai pemenang anugerah melalui pencapaiannya di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Ini berikutan, APU menggabungkan kreativiti, inovasi dan keunikan teknologi untuk menyediakan graduan profesional bagi pasaran korporat yang berdaya saing di peringkat global.

Dengan komuniti penuntut antarabangsa membabitkan lebih 100 negara yang mengikuti pengajian di kampus Malaysia, APU menawarkan persekitaran pembelajaran kosmopolitan bagi mempersiapkan penuntut untuk mengharungi cabaran global mendatang.

Pelbagai pengkhususan di peringkat ijazah ditawarkan APU sebagai teras dan menjadi matlamat universiti memupuk serta menggalakkan inovasi melalui program dengan objektif menghasilkan individu yang belajar, menyesuaikan diri dan berfikir secara berbeza dalam cara baru serta lebih baik.

Di APU, persekitaran ceria dan kreatif disediakan dalam pembelajaran asas, baik di dalam mahupun di luar bilik kuliah.

Pendidikan tinggi bukan hanya mewujudkan idea baru, pertumbuhan intelektual dan aktiviti sosial, sukan serta kebudayaan, malah memberi pengalaman baru dan pembangunan persahabatan sepanjang hayat.

Penuntut boleh melakukan perubahan dengan menyertai pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar, selain memperoleh pendapatan sampingan menerusi peluang kerja secara separuh masa sebagai pembantu perpustakaan, pembantu teknikal makmal IT, pengaturcara, pemaju multimedia dan peranan sebagai duta pelajar.

Memiliki ijazah dari universiti bukan lagi jaminan memperoleh pekerjaan bergaji tinggi, sebaliknya pengalaman dan keupayaan menyumbang kepada organisasi terutamanya yang dituntut majikan lebih penting.

Sebaik tamat pengajian di APU, penuntut dianugerahkan ijazah bersama Staffordshire University, ditambah dengan pengalaman dan profesionalisme yang diperlukan untuk kerjaya kelak.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web www.apu.edu.my, e-mel ke [email protected] atau hubungi perkhidmatan pelajar di talian 1-300-888-278 atau 03-89961000.

APU juga boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook di www.facebook.com/apuniversity.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 10:00 AM