Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
BERNAMA

Georgetown: Seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah itu tertakluk kepada notis yang diserahkan kepada Yang Dipertua Pulau Pinang (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk diperkenankan.

Sebelum itu, Chow merasmikan majlis penganjuran STEM Showcase 2023 bersempena dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Persendirian Han Chiang, yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos lalu, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi 29 kerusi manakala Perikatan Nasional mendapat 11 kerusi.

Chow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 13 Ogos.

Pada 16 Ogos, 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Tun Ahmad Fuzi di Dewan Sri Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2023 @ 4:08 PM