Penambahan terbaharu OPPO dalam keluarga Reno hadir dalam dua varian iaitu OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro
Penambahan terbaharu OPPO dalam keluarga Reno hadir dalam dua varian iaitu OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro
Noraniza Azmi

OPPO Malaysia melancarkan siri telefon pintar terbaharu dilengkapi dengan beberapa perkakasan dan perisian terkini iaitu Siri OPPO Reno4.  

Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia, Nikki Chen berkata inovasi itu teras utama yang dilakukan di OPPO. 

"Kami mengambil kira daripada segi praktikal dan permintaan pasaran ketika menghasilkan sesuatu produk baharu dan ini membolehkan kami lebih memahami sasaran pasaran kami yang pelbagai.

"Para pengguna semakin berevolusi dalam cara mereka menggunakan peranti pintar mereka, jadi kami juga harus turut serta mengevolusikan produk agar sesuai dengan permintaan dan kehendak mereka.

"Contoh terbaik bagi komitmen kami ini adalah pengenalan Siri Reno4, di mana telefon menawarkan prestasi mengagumkan, kebolehpercayaan dan ciri hebat tetapi pada harga yang kompetitif. 

"Bukan itu sahaja, kami terus bergerak dengan mengembangkan lagi perkhidmatan kami ke seluruh negara melalui pembukaan Kedai Konsep OPPO dan Pusat Jualan dan Perkhidmatan kami yang baharu," katanya. 

Penambahan terbaharu OPPO dalam keluarga Reno hadir dalam dua varian iaitu OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro. 

Pelanggan boleh mula membuat pra tempahan Siri Reno4 antara 3 hingga 7 Ogos 2020. Harga bagi varian Pro adalah RM2,399 dan varian standard (RM1,699). 

Pelanggan yang membuat pra tempahan Reno4 Pro akan menerima hadiah tambahan berjumlah RM398, fon telinga OPPO Enco W31 TWS berjumlah RM259 dan satu tahun jaminan perlindungan skrin berjumlah RM139. 

Bagi yang memilih Siri Reno4 ketika tempoh pra tempahan akan menerima satu tahun jaminan dipanjangkan berjumlah RM119.

Reno4 Pro tersedia dalam dua warna iaitu Starry Night dan Silky White, manakala Reno4 tersedia dalam dua warna iaitu Galactic Blue dan Space Black.

Untuk pertama kali, OPPO memperkenalkan reka bentuk baharu digelar "Reno Glow" yang menggabungkan ciri tekstur kalis cap jari bersama perincian berkilau yang lembut dan memberikan rupa yang lebih ceria dan berkilau.

Jualan pertama Siri Reno4 akan bermula dari 8 Ogos  di semua Kedai Konsep OPPO, kedai rasmi e-dagang OPPO, kedai pengedar rasmi OPPO, juga rakan e-dagang, rakan telco dan rakan kedai rangkaian OPPO.

Dari 8 Ogos sehingga 30 September, ansuran mudah Aeon Kredit juga tersedia dengan 12 dan 24 bulan tanpa bayaran pendahuluan dan penangguhan ansuran satu bulan.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai produk OPPO, sila rujuk kepada laman sesawang rasmi OPPO dan laman Facebook OPPO.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 12:23 PM