Mohd Rizal Abdullah


LORI tangki membawa muatan 33,000 liter diesel dan petrol terbakar di Kilometer 52 Jalan Pesisir Pantai Bekenu - Miri di Miri pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, lori berkenaan dilaporkan terbalik sebelum terbakar manakala pemandu, Jerry Jawa, 33, dilaporkan selamat dan hanya cedera ringan.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Lopeng dan Samalaju kemudiannya dikerahkan ke lokasi.

“Api sudah berjaya dipadam manakala mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan,” katanya.

Kejadian itu turut mengakibatkan Jalan Miri -Bintulu sesak teruk dan orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 12:47 PM
KEMALANGAN menyebabkan laluan sesak teruk. FOTO ihsan bomba
KEMALANGAN menyebabkan laluan sesak teruk. FOTO ihsan bomba