ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Larkin Sentral. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Larkin Sentral. FOTO ihsan bomba
Omar Ahmad


Johor Bahru: Empat kedai di Terminal Bas dan Pasar Awam, Larkin Sentral, di sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kebakaran membabitkan dua kedai buku dan masing-masing sebuah kedai minyak wangi dan kedai kosmetik.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman berkata, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati empat kedai jenis kekal di tingkat satu terbakar.

"PKO bertindak membuat pemadaman dan kebakaran dikawal pada jam 8.25 pagi," katanya.

Katanya, seramai 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan tujuh anggota BBP Tebrau dikejarkan ke lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 12:13 PM