Seorang penjaga rumah penjagaan orang kurang upaya (OKU) melecur 30 peratus selepas premis di berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin di sini, pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA/FOTO
Seorang penjaga rumah penjagaan orang kurang upaya (OKU) melecur 30 peratus selepas premis di berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin di sini, pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA/FOTO
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Seorang penjaga rumah penjagaan orang kurang upaya (OKU) melecur 30 peratus selepas Rumah Persatuan Orang Cacat Johor Bahru, di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin di sini, terbakar hari ini.

Dalam kejadian 7.50 pagi itu, lelaki berusia 64 tahun itu cedera, manakala empat penghuni yang juga OKU penglihatan dilaporkan selamat.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan ke lokasi berserta enam anggota BBP Tebrau.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar 65 peratus.

"Seorang mangsa yang juga penjaga rumah persatuan itu melecur 30 peratus di bahagian anggota badan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Selain itu, terdapat empat mangsa lain iaitu warga emas lelaki cacat penglihatan sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum kita tiba di lokasi dan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua BBP Larkin berkata, operasi kemudian ditamatkan pada 10.04 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2022 @ 2:15 PM