MANGSA maut tersepit diantara dua lori di R&R Kulai arah Utara. FOTO IHSAN BOMBA
MANGSA maut tersepit diantara dua lori di R&R Kulai arah Utara. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


Kulai: Seorang lelaki maut selepas tersepit antara treler dipandunya dengan sebuah lori di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai arah utara di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, Suhaimi Abd Rahim, 59 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.25 petang dan enam anggota dengan satu jentera bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapti seorang lelaki tersepit antara sebuah treler dengan lori.

"Mangsa dikatakan cuba mengambil kayu untuk diletakkan di bawah tayar treler yang mengalami masalah brek.

"Namun treler berkenaan mengundur dengan tiba-tiba menyebabkan mangsa tersepit antara lori yang berada di belakangnya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh anggota paramedik.

"PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2020 @ 8:12 PM