Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 selepas dipecat daripada parti itu pada 1998.

Memakai baju Melayu berwarna biru, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) disambut oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama perwakilan parti itu di Dewan Merdeka hari ini.

Selain Anwar, antara kepimpinan PH yang hadir adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaik sahaja hadir, Anwar dilihat duduk bersebelahan Ahmad Zahid.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini pernah hadir dan berucap di Dewan Merdeka sewaktu Konvensyen Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2023 @ 9:56 AM