SIN Poo Kiong (baju lokap oren) ketika dibawa ke Mahkamah Magisterat Port Dickson untuk dibicarakan bersabit kes bunuh lelaki kurang siuman pada 1 Mac lalu. FOTO Mohd Khidir Zakaria
SIN Poo Kiong (baju lokap oren) ketika dibawa ke Mahkamah Magisterat Port Dickson untuk dibicarakan bersabit kes bunuh lelaki kurang siuman pada 1 Mac lalu. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Seorang peniaga kendera saji didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini, tadi, atas tuduhan membunuh seorang lelaki kurang siuman.

Tertuduh, Sin Poo Kiong, 40, yang diiringi anggota polis bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Jiwan Kaur di hadapan majistret V Vanita.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan ditahan reman di Penjara Temiang, Seremban sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 19 Mei hadapan.

Dalam kejadian jam 7.35 petang, 1 Mac lalu, seorang lelaki kurang siuman ditikam menggunakan objek tajam di kawasan Medan Selera Cina di pekan Lukut di sini.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek melarikan diri.

Sementara itu, dalam pertuduhan berlainan, tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan mempunyai perisian judi dalam talian.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh memiliki perisian perjudian di dalam telefon bimbit di Media Selera Dataran Segar Huat Huat Food Court, Lukut pada jam 5 petang, 9 September tahun lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi kesalahan itu.

GAMBAR

1-2. PORT DICKSON 19 APRIL 2023 (.) Tertuduh, Sin Poo Kiong, 40, (baju lokap oren) ketika dibawa ke Mahkamah Magisterat Port Dickson untuk dibicarakan bersabit kes bunuh lelaki kurang siuman pada 1 Mac lalu. STR/MOHD KHIDIR ZAKARIA

TAMAT

#, kw, peniaga food court, dituduh bunuh, mahkamah magisterat, port dickson

From: Mohd Khidzir

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 1:39 PM