GAMBAR fail. FOTO NSTP
GAMBAR fail. FOTO NSTP
BERNAMA

Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM).

Justeru, KSM menjelaskan kenyataan yang menyatakan bahawa kementerian itu memberikan sokongan penuh kepada SPDRM adalah tidak benar.

"KSM berharap penjelasan itu akan menjawab sebarang persoalan atau kekeliruan dalam kalangan majikan atau industri khususnya perwakilan diplomatik negara-negara sumber di negara ini mengenai SPDRM," menurut kenyataan itu.

Penjelasan KSM itu merujuk kepada laporan media semalam, antaranya menyatakan bahawa SPDRM dikatakan dapat menangani isu pemerdagangan orang serta mempercepat kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Menurut laporan itu juga, SPDRM dikatakan memenuhi peraturan pengambilan pekerja asing termasuk syarat yang ditetapkan di negara ini serta negara-negara sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 12:15 PM