realme C25s simbolik kualiti telefon pintar alaf baharu - FOTO realme
realme C25s simbolik kualiti telefon pintar alaf baharu - FOTO realme
Mohammad Asyraf Khalib

PENGGUNA yang meminati teknologi sering menjadikan beberapa spesifikasi sebagai penanda aras sebelum membeli telefon pintar. 

Bermula dengan reka bentuk sehingga ciri teknologi asas, spesifikasi pilihan perlu menepati citarasa peminat. 

Terkenal dengan penawaran spesifikasi serba canggih, realme antara jenama telefon pintar terkemuka yang pantas mencipta nama dalam industri global. 

Terbaharu, model realme C25s menjadi bualan ramai apabila ia menjadi penanda aras baharu bagi menentukan kualiti telefon pintar di pasaran. 

Helio G85 berkuasa tinggi

Image

Salah satu keperluan utama sering menjadi tanda ukur adalah cip pemproses permainan yang dimiliki sesebuah peranti.

Pemproses permainan kini semakin dicari pengguna gajet kerana keupayaannya memastikan prestasi telefon pintar lancar. 

realme C25s dilengkapi Helio G85 yang cukup berkuasa, ia mampu menawarkan pengalaman permainan lebih lancar dengan kelajuan baru ditingkatkan. 

Helio G85 dihasil menggunakan teknologi 12nm lapan teras, dua teras Cortex A75 pada kelajuan 2.0GHz dan enam teras Cortex A55 pada kelajuan 1.8GHz. 

GPU digunakan pula ialah Mali G52 MC2 pada kelajuan 1000 MHz iaitu lebih pantas berbanding pemproses sebelumnya. 

Berdasarkan ujian, pemproses berorientasi permainan berkuasa ini mampu menawarkan pengalaman permainan arus perdana lancar tanpa sebarang sekatan.

Jika dibandingkan dengan telefon pintar lain dalam segmen ini, skor penanda aras C25 realme mencatatkan prestasi jauh lebih tinggi.

Jaminan kualiti

Image

Sebagai jaminan berterusan terhadap kualiti telefon pintar keluarannya, realme bekerjasama dengan TÜV Rheinland bagi menetapkan standard kualiti telefon pintar baharu. 

realme dan TÜV Rheinland memperkenalkan TÜV Rheinland Smartphone High Reliability Certification berdasarkan pengalaman kitaran hidup tiga tahun. 

Proses pensijilan itu merangkumi 23 ujian utama, termasuk 10 senario ujian penggunaan harian seperti penurunan, kehausan dan kerosakan. 

Terdapat tujuh senario ujian persekitaran melampau termasuk suhu, kelembapan, turun naik voltan, hayat butang, elektrik statik, tekanan udara dan senario ujian kebolehpercayaan enam komponen.

Menurut realme, pihaknya mengambil masa selama lapan bulan bagi melakukan penyelidikan dan pengujian ini dan prosedur kualiti standard sama akan digunakan bagi kawalan kualiti serta ujian semua telefon pintar sebenar mereka.

Berdasarkan rekod, realme C21 dan C25 menjadi model pertama diiktiraf dengan TÜV Rheinland Smartphone High Reliability Certification.

Kapasiti bateri besar

Image

Bagi sebuah telefon pintar berprestasi tinggi, tidak lengkap jika ia tidak disertakan kapasiti yang besar. Disebabkan itu, realme C25s dimuatkan bateri 6000mAh.

Dengan bateri sebesar ini, anda boleh menggunakan realme C25s tanpa henti, pada bila-bila masa anda mahukan tanpa perlu bimbang kehabisan bateri selepas hanya beberapa kali penggunaan. 

Berdasarkan ujian makmal, realme C25s mampu bertahan selama 51 hari dalam mod sedia, ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan peranti kelas mercu lain di pasaran.

Hasil ujian hayat bateri juga menunjukkan C25s boleh digunakan selama 54.74 jam untuk panggilan telefon, 25.69 jam tontonan Youtube, 110 jam penggunaan Spotify dan 10.73 jam untuk permainan dalam talian Mobile Legend: Bang Bang. 

Selain itu, realme C25s dengan pengecasan pantas 18W juga dapat memudahkan urusan harian terutama ketika anda ingin bergegas ke lokasi berbeza. 

Kamera 48MP pertama siri C realme

Image

Sebagai pelengkap kualiti, realme C25s ditambah baik dengan tiga kamera 48 megapiksel (MP), menjadikan ia jauh mengatasi model pesaing dalam kelasnya.

Ini menjadikan realme C25s sebagai telefon pintar pertama dalam sirinya yang dilengkapi dengan kamera 48 megapiksel. 

Image

Ia dilengkapi kamera utama dengan sensor gambar 48MP lebih luas, dengan bukaan f/1.8 berupaya memerangkap cahaya cukup bagi menghasilkan gambar lebih jelas dan terang. 

Selain itu, peranti ini juga menyokong teknologi PDAF, menjadikan fokus lebih pantas dan tepat. Zum 5 kali juga membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dari jarak jauh.

Image

realme C25s turut disertakan lensa makro dengan jarak fokus sangat dekat. Ia memberi peluang kepada pengguna merakam fotografi makro menakjubkan dengan perincian terbaik sekali gus meneroka pesona dunia mikro.

Bukan itu sahaja, lensa B&W pula memberikan kesan artistik khas untuk potret, menghasilkan semula potret dalam warna hitam dan putih selain memberikan kualiti paparan lebih tinggi dan meningkatkan kontras gambar antara cahaya dan gelap. 

Dalam mod potret, paparan, suhu warna, rona, dan parameter lain disesuaikan berulang kali dengan baik. Dengan simulasi karya potret, foto disesuaikan mengikut gaya filem retro dengan penerapan lebih luas merangkumi penambahan tekstur pada foto akhir gaya potret.

Pada bahagian depan pula, kamera swafoto 8MP membolehkan anda mengambil swafoto cerah serta menyokong fungsi pengecaman kecantikan AI, Mod HDR, Mod Potret dan banyak lagi. Secara keseluruhan, realme C25s mampu menawarkan pengalaman fotografi terbaik bagi segmen ini.

Rekaan memukau

Image

Dari segi rekaan, peranti ini dilengkapi skrin 6.5 inci dengan nisbah 20:9, menawarkan ruang paparan lebih besar dan luas.

Penawaran skrin sebesar ini mampu memberikan pengalaman permainan, tontonan, audio dan video yang memuaskan bagai dunia nyata.

Dalam erti kata lain, tiada lagi masalah gangguan visual, paparan kecil dan sempit kerana realme C25s direka dengan skrin hampir penuh.

Selain saiz skrin memukau, bahagian luaran peranti juga tampak moden dan elegan. 

Bahagian belakang peranti mempunyai tekstur unik, diproses menggunakan mesin ukiran radium tepat lima paksi terkemuka di Jerman dengan proses penggilapan selama 300 minit. 

Selain itu, rekaan melengkung 450+ juga mempunyai kesan ukiran yang menghasilkan kesan pantulan cahaya berkilauan. 

Modul kamera juga direka berbentuk kotak dengan kedudukan lensa, lampu suluh dan kamera terletak sudut tepi, menjadikan rekaan belakang peranti tampak lebih premium dan moden.

Secara keseluruhan, semua gabungan ini menjadikan C25 realme lebih menyerlah, selesa dalam genggaman, tidak mudah tergelincir, bebas kesan cap jari dan calar.

Kemaskini realme UI 2.0

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, realme C25s dimuatkan dengan sistem operasi realme UI 2.0, membolehkan pengguna menyesuaikan telefon pintar mereka sepenuhnya. 

Menariknya, kemaskini baharu ini hadir dengan sokongan pek ikon dan pelancar pihak ketiga, menawarkan paparan unik pada telefon pintar pengguna.

realme UI 2.0 turut disertakan warna tema global baru yang membolehkan pengguna menentukan warna pada telefon pintar. 

Lebih menarik, ia juga menerima sejumlah peningkatan prestasi dan ciri privasi, menjadikan perisian lebih cekap dan memberi perlindungan lebih baik bagi data pengguna. 

Tidak cukup dengan itu, realme UI 2.0 juga memastikan setiap transaksi dibuat pada setiap perisian lebih selamat di samping melindungi pengguna daripada penipuan mesej dan iklan. 

Selain itu, realme UI 2.0 turut disertakan System Cloner, membantu pengguna memisahkan kerja dan kehidupan peribadi mereka di telefon pintar. 

Menariknya, anda dapat mengakses profil berasingan dengan menetapkan cap jari berbeza untuk setiap profil.

Teknologi alaf baru dengan realme C25s!

Image

Dengan segala kelebihan ditawarkan pada realme C25s, tiada lagi alasan yang boleh menghalang anda menjadikan peranti ini sebagai telefon pintar pilihan. 

Nikmati pengalaman teknologi alaf baru serba canggih dan selamat hanya dalam satu peranti. realme C25s kini tersedia di pasaran dalam dua warna iaitu Water Grey dan Water Blue. 

Sekiranya anda berminat memiliki realme C25s sebagai telefon permainan mudah alih, dapatkannya melalui syarikat telekomunikasi Maxis bermula 10 Jun 2021 atau di semua pengedar rasmi realme pada 12 Jun 2021.

Harga rasmi telefon adalah RM699, bagaimanapun anda boleh membawa pulang peranti ini pada harga serendah RM1 menerusi pelan pascabayar Maxis dengan internet pantas sehingga 100GB dan panggilan + SMS percuma. Beli sekarang di pautan ini.

Selain itu, bagi rakyat Malaysia yang layak, anda juga boleh memiliki realme C25s pada harga RM1 menerusi Hotlink Postpaid serta percuma 60GB Internet pantas Prihatin setiap bulan apabila anda menebus RM300 subsidi daripada Program Jaringan Prihatin. Semak kelayakan anda dan beli sekarang di http://www.maxis.com.my/jp.

Image

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai realme C25s, layari pautan ini atau kunjungi kedai realme dan pengedar sah realme berhampiran. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 10:12 AM