Oleh Nurshafika Suhaimi

SEJAK beberapa hari lalu, Canalys menerbitkan laporan mengenai jualan telefon pintar global pada suku ketiga tahun ini (Julai hingga September), dan hari ini ia kembali dengan penilaian serupa yang tertumpu kepada pasaran telefon pintar Malaysia.

Pada Februari lalu, Malaysia menyaksikan jenama peneraju teknologi global, Xiaomi menjadi pengedar terbanyak di Malaysia dengan pegangan pasaran sebanyak 25 peratus.

Secara amnya, setiap satu daripada empat telefon pintar yang terjual tahun lepas, adalah jenama Xiaomi. 

Memacu teknologi untuk rakyat Malaysia

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2014, Xiaomi membuka sejumlah 80 Kedai Rasmi Xiaomi, 9 Zon Paparan Xiaomi, 157 Kedai-di-Kedai dan 747 Program Rakan Kongsi Pilihan.

Xiaomi bermula dengan permulaan yang sederhana dengan niat menjadikan teknologi berkualiti boleh diakses oleh semua orang.

Misi Xiaomi, membina produk yang menakjubkan dengan harga yang berpatutan untuk membolehkan semua orang menikmati kehidupan yang lebih baik melalui teknologi inovatif.

Strategi terasnya iaitu 'Telefon Pintar x AIoT' memberikan penekanan dan tumpuan yang sama pada kedua-dua perniagaan telefon pintar dan perniagaan AIoT.

Ia mempromosikan kesalinghubungan pintar telefon pintar dan peranti pintar lain untuk mendorong ekosistem kehidupan pintar.

Secara tidak langsung membolehkan semua orang di Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik melalui teknologi yang boleh diakses dan membolehkan Xiaomi menerajui cara hidup masa hadapan.

Kedai Xiaomi yang sah di AEON Kepong (kiri) dan cawangan terbaru terletak di Pavilion Bukit Jalil (kanan) - FOTO Xiaomi

Dari segi perniagaan telefon pintar, Xiaomi juga mempunyai strategi 'dwi-jenama' untuk memacu momentum pertumbuhan.

Model telefon pintar Siri Xiaomi hadir dengan premium dengan harga berbaloi serta berteknologi perdana terkini untuk penggunaan berat. 

Manakala, Siri Redmi didatangkan dalam kelas pada nisbah harga-ke-prestasi yang hebat.

Kedua-dua model ini mempunyai kelebihan tersendiri yang sesuai untuk kegunaan harian sederhana dan ringan. 

Inovasi menolak sempadan

Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh jurutera dan pereka, Xiaomi mengamalkan budaya inovasi berani untuk menolak sempadan teknologi yang boleh ditawarkan.

Lebih dua tahun lalu, Xiaomi sudah mula menguasai pasaran dengan memperkenalkan keupayaan kamera 108MP kepada telefon pintar utama, dan hari ini, mereka menawarkan teknologi ini kepada segmen pengguna yang lebih luas dengan siri Redmi Note 11.Satu lagi contoh adalah melalui siri Xiaomi 12T Pro baharu, dilengkapi dengan sistem pengimejan 200MP pertama di Malaysia dalam kamera telefon pintar.

Siri Xiaomi 12T menampilkan teknologi penjejakan Xiaomi ProCut dan Xiaomi ProFocus AI untuk membantu mencipta kandungan yang menakjubkan. - FOTO Xiaomi

Justeru, Xiaomi dilihat akan terus beroperasi berdasarkan DNAnya iaitu menawarkan produk nisbah harga-ke-prestasi tinggi kepada pengguna.

Perniagaan didorong kepimpinan yang teguh

Pengarah Negara Perniagaan Xiaomi di Malaysia dan Singapura, Nicolas Shi berkata Xiaomi beralih daripada tiada apa kepada mencapai 25 peratus bahagian pasaran dalam masa tiga tahun sahaja.

"Halangan dan cabaran yang kami hadapi setakat ini menjadikan semuanya berbaloi dan kunci kejayaan Xiaomi adalah pada kakitangan kami iaitu ahli pasukan saya yang bekerja keras tanpa jemu dalam merealisasikan pencapaian ini.

"Tak lupa juga kepada peminat Xiaomi dan rakan kongsi perniagaan kami di Malaysia yang menyokong kami sejak hari pertama," kata Shi.

Bertanggungjawab untuk perniagaan Xiaomi di Malaysia dan Singapura sejak 2018, Shi turut berharap agar terus mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia bagi membolehkan pihaknya membawa lebih banyak produk pada harga yang berbaloi. 

Nicolas Shi (Kiri) bergambar bersama Iskandar Mirza (Kanan), pengarah kanan bahagian domestik dan acara Tourism Malaysia, ketika pelancaran siri Xiaomi 12T di Malaysia. - FOTO Xiaomi

Matlamat terkini jenama ini adalah mencipta pengalaman perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan dipercayai dengan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan Xiaomi di Malaysia sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna.

Selain itu, Xiaomi turut berikrar untuk terus mengembangkan kedai fizikal bagi menawarkan pengalaman produknya dengan lebih meluas di Malaysia dan memperkenalkan teknologi terkini yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Ingin merasai pengalaman hebat tanpa sempadan, layari https://www.mi.com/my/ atau ikuti Facebook Xiaomi.Untuk ketahui lebih lanjut mengenai siri Xiaomi 12T dan siri Redmi Note 11 klik di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 10:54 AM