GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol : Berang kerana ditegur membuat bising, seorang ibu dipukul oleh anak lelaki dalam kejadian di sebuah di Bahau, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 5.30 pagi menyebabkan wanita berusia 51 tahun itu mengalami kesakitan di bahagian belakang bahu sebelah kiri selepas ditumbuk dua kali dan menerima rawatan di Hospital Jempol.

Katanya, ketika kejadian suspek berusia 25 tahun dalam keadaan mabuk dan sebaik ditegur suspek memarahi mangsa sebelum bertindak menumbuk bahu, menarik rambut dan menolak mangsa sehingga jatuh.

"Mangsa sebelum itu menegur suspek supaya tidak membuat bising dan menyuruhnya tidur menyebabkan suspek berang.

"Suspek tidak berkerja manakala mangsa adalah tukang jahit, "katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 7:12 PM