Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Ahli Koperasi The New Straits Times Press (M) Bhd (Koop NSTP) disyorkan untuk terus menyokong dan menggunakan perkhidmatan ditawarkan supaya koperasi dapat terus menjana keuntungan.

Pengarang Urusan Kumpulan The News Straits Times Press (NSTP) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, sokongan ahli perlu supaya koperasi dapat memberi pulangan kepada ahli menerusi agihan dividen.

Ahmad Zaini turut menyarankan Koop NSTP supaya menambah perkhidmatan disediakan termasuk produk jualan bagi menarik minat ahli untuk membeli.

"Buat masa ini, Koop NSTP mempunyai 1,300 ahli berdaftar dan dengan ekonomi tidak baik serta kakitangan dalam kesulitan, koperasi disaran menjual harga rendah supaya ramai membeli.

"Lagipun, Koop NSTP di bawah Media Prima Berhad (MPB) jadi wajar gunakan perkhidmatan kerana pelbagai urusan perkhidmatan boleh dilakukan di sini (Koop NSTP)," katanya selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Koop NSTP di Balai Berita NSTP Bangsar, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga pemenang Cabutan Bertuah Kempen Carum dan Menang dan 34 pemenang Cabutan Bertuah pelanggan Insurans Kenderaan 2022.

Cabutan nama pemenang diadakan dan diumumkan melalui FB Live Koop NSTP pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengerusi Koop NSTP Mohd Fadzil Abdul Ghani berkata, program itu salah satu usaha menghargai ahli yang setia bersama Koop NSTP dan menjadi anggota melebihi 35 tahun.

Katanya, anugerah merangkumi tambahan modal syer sebanyak RM200 dan plak penghargaan.

AHMAD Zaini menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah anggota koperasi melebihi 35 tahun di Majlis Apresiasi Koperasi 2022. FOTO Syaiful Raziq
AHMAD Zaini menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah anggota koperasi melebihi 35 tahun di Majlis Apresiasi Koperasi 2022. FOTO Syaiful Raziq

Menurut Mohd Fadzil, enam yang terpilih sebagai ahli setia kerana tidak pernah gagal membayar yuan bulanan dan belum pernah mengeluarkan caruman iaitu Datuk Nuraina Abdul Samad, ShukorOtman, Wan Fauzie@Halwani Ahmat, Mas Ayu Ali, Ahmad Afifi Hj Hussin dan Sharifuddin Daud.

"Majlis ini untuk hargai kakitangan dan bekas kakitangan yang jadi ahli. Kita galakkan kakitangan jadi anggota kerana banyak faedah ditawarkan termasuk kebajikan, tabung khairat kematian daninsuran berkelompok.

"Selain itu, kita turut menawarkan bantuan banjir dan sebagainya untuk ahli," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 6:00 PM