Pengurus Besar Komunikasi Media, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Azman Ibrahim (kanan sekali) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada wakil media.
Pengurus Besar Komunikasi Media, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Azman Ibrahim (kanan sekali) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada wakil media.

Kuala Lumpur: Kira-kira 230 pengamal media diraikan dalam majlis makan malam anjuran Petroliam Nasional Bhd (Petronas), di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Majlis Makan Malam Apresiasi Media Petronas 2023 itu menyaksikan hampir semua media daripada pelbagai agensi hadir memeriahkan majlis.

Seramai lima orang pengamal media menerima hadiah utama cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan telefon pintar manakala hampir sebahagian besar yang hadir turut menerima pelbagai baucar.

Naib Presiden Komunikasi dan Hubungan Strategik Kumpulan Petronas, Nooruddin Abdullah berkata, majlis itu bagi menghargai sumbangan media selain mengukuhkan hubungan dalam industri.

Hadir memeriahkan majlis, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 5:09 PM