LOKASI kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi dan pacuan empat roda. FOTO Ihsan Bomba
LOKASI kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi dan pacuan empat roda. FOTO Ihsan Bomba
RoselanAb Malek


Lipis. Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan pacuan empat roda di kilometer 5, Jalan Lipis Merapoh, jam 11.40 pagi hari ini.

Mekanik Azman Zakaria, 43, yang menunggang motosikal BMW R1200 RT meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipercayai pecah tayar belakang kanan dan depan kiri.

"Keadaan itu menyebabkan pacuan empat roda itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar manakala

Mitsubishi Triton remuk teruk di bahagian hadapan.

"Penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia jam 1 tengah hari. Pemandu Mitsubishi Triton hanga mengalami kecederaan ringan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 6:37 PM