PKR Perlis mempertaruhkan sembilan calon termasuk enam muka baru dalam PRU kali ini selepas pencapaian membanggakan dengan meraih tiga kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU lalu. FOTO AIZAT SHARIF
PKR Perlis mempertaruhkan sembilan calon termasuk enam muka baru dalam PRU kali ini selepas pencapaian membanggakan dengan meraih tiga kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU lalu. FOTO AIZAT SHARIF
Aizat Sharif


Kangar: PKR Perlis akan bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis, Nurul Izzah Anwar berkata, daripada sembilan kerusi yang akan ditandingi calon dari parti itu di bawah Pakatan Harapan (PH), tiga kerusi adalah kerusi yang sedia dipertahankan semula oleh calon parti itu yang memenanginya pada PRU lalu iaitu di DUN Indera Kayangan, Kuala Perlis dan Sena.

"Selain enam muka baru ditampilkan pada kali ini membabitkan pelbagai latar belakang termasuklah ahli perniagaan, jurutera, pelajar universiti dan pelbagai lagi.

"Enam kerusi yang menampilkan muka baru adalah di Chuping, Mata Ayer, Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji dan Simpang Empat.

"Untuk kali ini kita bergantung kepada momentum keluarnya jumlah pengundi yang ramai untuk membantu memenangkan calon kita kali ini," katanya selepas Majlis Pengumuman Calon PKR Negeri Perlis di Pusat Khidmat DUN Sena, di sini hari ini.

Pakatan Harapan (PH) dijangka akan bertanding di semua kerusi yang dipertandingkan di Perlis pada kali ini dengan sembilan kerusi adalah diperuntukkan kepada PKR, lima kerusi kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan satu milik DAP.

Senarai calon PKR Perlis bagi PRU-15

P001 Parlimen Padang Besar

N03 Chuping: Natthavuth Seng

N04 Mata Ayer: Amran Kamarudin

P002 Parlimen Kangar: Noor Amin Ahmad

N07 Sena: Asrul Nizan Abd Jalil

N08 Indera Kayangan: Gan Ay Ling

N09 Kuala Perlis: Nor Azam Karap

P003 Parlimen Arau: Fathin Amelina Fazlie

N11 Pauh: Azhar Ameir

N12 Tambun Tulang: Muhammad Syahmi Suhaimi

N13 Guar Sanji: Hasparizal Hassan

N14 Simpang Empat: Amran Darus

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 9:32 PM