SHAHIDAN (kiri) mempertahankan kerusi Parlimen Arau. FOTO Azhar Ramli
SHAHIDAN (kiri) mempertahankan kerusi Parlimen Arau. FOTO Azhar Ramli
NSTP Perlis


BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kerajaan di Perlis apabila memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut keputusan tidak rasmi sehingga 12 tengah malam tadi, PKR berjaya mempertahankan kerusi Indera Kayangan dan menambah kerusi DUN Kuala Perlis dan Sena.

Manakala, PAS pula berjaya mempertahankan DUN Sanglang dan menambah kerusi DUN Guar Sanji.

BN juga kehilangan Parlimen Kangar kepada PKR.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menang di kerusi DUN Bintong, sementara Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 1:19 AM