KAPAL tangki berdaftar di Rusia ditahan berlabuh tanpa kebenaran. FOTO ihsan APMM
KAPAL tangki berdaftar di Rusia ditahan berlabuh tanpa kebenaran. FOTO ihsan APMM
Omar Ahmad


Kota Tinggi: Sebuah kapal tangki Rusia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 23.6 batu nautika di timur laut Tanjung Siang di sini, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal tangki itu ditahan pada 3 petang oleh kapal ronda APMM yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

"Kapal tangki tersebut dikendalikan 19 kru lelaki dan dua wanita termasuk nakhoda berumur lingkungan 32 hingga 62 tahun. Kesemua mereka adalah warga Rusia yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Nakhoda kapal tangki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 9:53 AM