PASUKAN bomba berjaya menanggalkan cincin yang tersangkut pada jari kanak-kanak lelaki. FOTO Ihsan Bomba
PASUKAN bomba berjaya menanggalkan cincin yang tersangkut pada jari kanak-kanak lelaki. FOTO Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bengkak di jari telunjuk kirinya selepas gagal menanggalkan cincin yang tersangkut pada jarinya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya dipanggil untuk membantu menanggalkan cincin pada jari kanak-kanak itu selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.01 petang.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar membantu menanggalkan cincin itu menggunakan alatan memotong dan memastikan jari mangsa tidak tercedera.

"Pasukan bomba berjaya memotong cincin berkenaan dan mengeluarkan jari yang tersepit dengan selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, tiada kecederaan lain pada jari mangsa dan operasi tamat pada 4.18 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2022 @ 8:51 PM