FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 16,137,205 individu dewasa atau 68.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 23,012,251 atau 97.8 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,289,632 atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,910,021 individu atau 93.5 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,998,844 atau 96.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,744,485 individu atau 49.2 peratus kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala 1,337,102 individu atau 37.7 peratus sudah melengkapkan vaksinasi.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 10,645 dos diberikan meliputi 848 dos pertama, 9,113 dos kedua dan 684 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan sebanyak 71,214,563.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiada kematian dilaporkan pada Sabtu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 9:37 AM