GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,791,409 individu atau 88.7 peratus sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,869,275 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 69,601 dos vaksin diberikan semalam meliputi 16,325 dos pertama, 759 dos kedua dan 52,517 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,985,709 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan empat di Johor manakala satu kematian direkodkan masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Februari 2022 @ 8:45 AM