AYOB Khan Mydin Pitchay. FOTO arkib NSTP
AYOB Khan Mydin Pitchay. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay nafi pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit sindiket pengedaran dadah.

Beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi dan imej PDRM secara keseluruhannya.

Selain itu, katanya, ia cuba memberi gambaran bahawa rasuah berleluasa dalam PDRM.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa pegawai tertinggi JSJN dan pegawai PDRM yang lain bersekongkol dengan sindiket dadah.

"Sekiranya terdapat bukti kukuh mana-mana pegawai atau anggota PDRM bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ayob Khan berkata, kejayaan yang dicapai PDRM adalah hasil kerjasama semua jabatan termasuk agensi luar.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah percaya atau terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak berasas dan tidak ditentutkan kesahihan, malah tindakan berkongsi atau menyebarkan kenyataan sedemikian akan menimbulkan keresahan masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 2:42 PM