TELEFON bimbit dan wang tunai turut dirampas. FOTO MELVIN JONI
TELEFON bimbit dan wang tunai turut dirampas. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Bau: Baru berusia 19 tahun, namun seorang remaja perempuan ditahan selepas disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sebuah kedai makan di Siniawan, di sini kira-kira jam 2.15 petang semalam.

"Turut dirampas daripada suspek ialah telefon pintar dan sejumlah wang tunai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge berkata remaja perempuan itu yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 11:10 AM