SEORANG wanita yang ditahan kerana menjual loteri haram di kaki lima Pusat Penjaja Bau. FOTO MELVIN JONI
SEORANG wanita yang ditahan kerana menjual loteri haram di kaki lima Pusat Penjaja Bau. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


SEORANG wanita ditahan ketika menjual loteri secara haram di kaki lima Pusat Penjaja Bau, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 25 tahun dari Kampung Skiat Lama itu ditahan dalam Ops Dadu yang dijalankan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, kira-kira jam 5 petang.

“Suspek ditangkap ketika sedang beroperasi menjual loteri awam tanpa lesen di kaki lima Pusat Penjaja Bau,” katanya hari ini.

Beliau menambah pasukan operasi turut merampas wang tunai, sehelai kertas putih yang tertulis angka loteri dan sebatang pen.

Poge berkata wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM 200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 2:38 PM