MOTOSIKAL mangsa merempuh sebuah pikap yang di parkir di Kilometer 25, Jalan Bau/Stass malam tadi. FOTO Norsyazwani Nasri.
MOTOSIKAL mangsa merempuh sebuah pikap yang di parkir di Kilometer 25, Jalan Bau/Stass malam tadi. FOTO Norsyazwani Nasri.
Norsyazwani Nasri


Bau: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pikap rosak di tepi rosak di Kilometer 25, Jalan Bau/Stass di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang berasal dari Kampung Stass, patah pergelangan tangan kanan, dan pecah tengkorak depan kepala.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, ketika kejadian pemandu pikap berusia 68 tahun meletakkan kenderaannya di tepi jalan sebelah kiri kerana mengalami kerosakan.

"Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Pasar Bau mahu pulang ke rumahnya di Kampung Stass.

"Setibanya di lokasi kejadian mangsa melanggar bahagian belakang pikap yang diletakkan di tepi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, impak kejadian menyebabkan mangsa terpelanting di atas jalan bersama motosikalnya.

"Pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Bau.

"Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat hospital Bau untuk tindakan lanjut," katanya.

Poge berkata, semakan juga mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2022 @ 4:27 PM