GAMBAR hiasan. Petugas perubatan menyediakan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di Seberang Jaya, semalam. FOTO Danial Saad
GAMBAR hiasan. Petugas perubatan menyediakan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di Seberang Jaya, semalam. FOTO Danial Saad
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Kanak -kanak yang tidak menerima vaksinasi Covid-19 terdedah kepada komplikasi sindrom sistem radang berbilang (MIS-C) sekiranya dijangkiti virus itu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, kumpulan kanak-kanak ini dianggap berisiko tinggi dan terdedah dengan komplikasi itu kerana mereka sentiasa berada dalam kalangan orang dewasa, terutama ibu bapa.

"Peratusan kanak-kanak untuk mendapat gejala termasuk MIS-C ini rendah sekiranya mereka sudah divaksin (Covid-19), malah peratusan mengalami anafilaksis akibat suntikan vaksin Pfizer dan Sinovac juga rendah.

"Sebagai contoh sebanyak 8.7 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat menerima vaksin Covid-19, hanya 11 daripadanya mendapat kesan advers susulan imunisasi (AEFI)," katanya kepada media selepas melancarkan Program Pelancongan Domestik Mukim Gunung Semanggol di sini, hari ini.

DR Noor Azmi (tiga kiri) merasmikan Program Pelancongan Domestik Mukim Gunung Semanggol. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
DR Noor Azmi (tiga kiri) merasmikan Program Pelancongan Domestik Mukim Gunung Semanggol. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Ditanya mengenai kaedah KKM menarik lebih ramai rakyat dan kanak-kanak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata, pihaknya masih meneruskan program pemberian vaksin melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti di sekolah, onside dan walk-in (jumpa terus).

"Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi (pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak) dengan 67.7 peratus, hanya melalui program PPV sekolah sahaja.

"Sehingga kini, sebanyak 412 PPV walk-in dibuka di seluruh negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 5:01 PM