KANAK-KANAK bergambar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
KANAK-KANAK bergambar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Seramai 79,393 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech) menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pencapaian tertinggi adalah di Selangor membabitkan 28,661 kanak-kanak diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (17,887), Sarawak (17,877), Sabah (4,962), Melaka (3,425) dan Negeri Sembilan (2,728).

"Pemberian vaksin kanak-kanak dilaksanakan di pelbagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di hospital, klinik kesihatan, PPV Integrasi dan PPV off-site.

"Satu lagi pendekatan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada murid sekolah rendah iaitu PPV Sekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejumlah 1,055 sekolah sudah dikenal pasti untuk dijadikan PPV PICKids dan jumlahnya akan ditambah dari semasa ke semasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Februari 2022 @ 5:06 PM