Majoriti pelanggan berpuas hati dan selesa dengan kaedah pembayaran tanpa tunai kerana lebih cepat dan menjimatkan masa. - FOTO Hiasan
Majoriti pelanggan berpuas hati dan selesa dengan kaedah pembayaran tanpa tunai kerana lebih cepat dan menjimatkan masa. - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

PERALIHAN teknologi menyaksikan kaedah bayaran tanpa tunai kini menjadi pilihan utama rakyat di negara ini. 

Tinjauan Harian Metro di ibu negara, mendapati pelanggan daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur, dilihat tidak kekok berurusan menggunakan kaedah itu. 

Alternatif ini juga disambut baik oleh beberapa agensi kerajaan yang turut serta menawarkan pilihan bayaran tanpa tunai di kaunter perkhidmatan dan juga melalui perbankan internet bagi membiasakan pelanggan berurusan menggunakan kemudahan teknologi.

Pelanggan puas hati

Walaupun ada segelintir pengguna yang baru pertama kali mencuba, mereka kelihatan berpuas hati dan selesa dengan kaedah pembayaran tanpa tunai kerana lebih cepat dan menjimatkan masa.

Dengan kaedah ini, pelanggan tidak perlu beratur panjang serta tidak perlu menunggu giliran yang sangat lama untuk berurusan di kaunter pembayaran.

Selain itu, kaedah pembayaran tanpa tunai diyakini lebih efisien memandangkan pengguna boleh membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

Ia sudah pasti meringankan beban pengguna apatah lagi bagi mereka yang sibuk dengan urusan kerja seharian di samping dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Selain dapat memantau rekod kewangan secara sistematik, pengguna tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana pembayaran dapat dilakukan terus menerusi platform perbankan pilihan pelanggan.

Lima kaedah bayaran tanpa tunai

Bagi anda yang belum pasti mengenai kaedah bayaran yang sesuai digunakan, berikut terdapat lima kaedah bayaran tanpa tunai yang popular seperti di bawah:

MyDebit - Perkhidmatan pembayaran menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran atau pembelian dengan hanya memasukkan enam digit nombor pengenalan peribadi PIN atau kaedah tanpa sentuhan (wave) pada peranti Terminal Point-of-Sale (POS) menggunakan wang yang didebitkan daripada akaun bank pelanggan.

JomPAY - Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membayar sebarang bil melalui internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang dari akaun simpanan, semasa atau kad kredit.

FPX - Perkhidmatan penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian melalui internet atau perbankan mudah alih kepada pedagang yang mengambil bahagian menggunakan wang dari akaun semasa dan simpanan.

DirectDebit - Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus daripada akaun bank dengan kebenaran pelanggan.

DuitNow QR - Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet yang mengambil bahagian dengan mengimbas kod DuitNow QR yang tersedia.

Jika ingin membuat sebarang transaksi di kaunter, anda boleh menggunakan kemudahan MyDebit atau DuitNow QR. Bagi perbankan dalam talian pula, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan FPX, JomPAY dan DirectDebit.

Bawa pulang RM10,000

Image

Bagi menggalakkan orang ramai melakukan transaksi tanpa tunai di kaunter perkhidmatan agensi kerajaan, Paynet kini kembali memperkenalkan kempen Cashless Boleh 2 dengan tawaran wang tunai RM10,000 kepada 100 orang pemenang. 

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu melakukan sebarang transaksi tanpa tunai menggunakan MyDebit, JomPAY, FPX, DirectDebit atau DuitNow QR di mana-mana agensi kerajaan yang disenaraikan di bawah. 

  1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
  2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  10. Kehakiman (Mahkamah)
  11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
  13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
  14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  15. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  16. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan
  17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
  19. Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
  20. Hospital UiTM Puncak Alam

Peraduan Cashless Boleh 2 berlangsung hingga 31 Mei 2022. 

Paling menarik, tiada had minimum ditetapkan kerana setiap transaksi menggunakan MyDebit, JomPAY, FPX, DirectDebit atau DuitNow QR akan tersenarai secara automatik sebagai peserta. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat peraduan, layari www.paynet.my/CashlessBoleh2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 6:39 AM