GrabExpress menyediakan servis ambil dan hantar barang terus di depan pintu - FOTO Grab
GrabExpress menyediakan servis ambil dan hantar barang terus di depan pintu - FOTO Grab
Mohammad Asyraf Khalib

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak berada di rumah bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan wabak.

Di tambah pula dengan kekangan seperti sekatan perjalanan 10 kilometer radius dan waktu operasi premis yang terhad keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran urusan harian dan perniagaan. 

Namun, rakyat Malaysia kini memilih khidmat penghantaran sesuai dengan norma baharu bagi memenuhi keperluan semasa sama ada menghantar sesuatu kepada ahli keluarga ataupun menghantar pembelian barangan kepada pelanggan mereka. 

Paling popular, servis penghantaran GrabExpress yang menjadi pilihan utama kerana perkhidmatannya yang lebih cekap dan menjimatkan.

Pantas, jimat

Kini, orang ramai terutama peniaga tidak perlu bersusah payah keluar menghantar barang kerana GrabExpress menyediakan servis ambil dan hantar barang terus di depan pintu. 

Langkah ini bukan saja mengelakkan pengguna terkandas di sekatan jalan raya tetapi kekal di rumah juga adalah pilihan lebih baik sepanjang pandemik.

Menerusi GrabExpress, pengguna mempunyai dua pilihan penghantaran iaitu penghantaran segera atau penghantaran 4-Hour.

Bagi barang penting yang perlu dihantar dengan cepat, pengguna boleh memilih servis penghantaran segera dan GrabExpress akan memastikan barang itu tiba ke destinasi tepat pada waktunya.

Bagaimanapun, jika tiada keperluan mendadak, pengguna boleh memilih jenis penghantaran 4-Hour dengan jaminan barang akan tiba ke destinasi dalam tempoh empat jam. 

Image

Menerusi pilihan penghantaran empat jam juga, pengguna dapat menikmati caj kadar rata mengikut jarak ditetapkan seperti 10 kilometer (km) RM5 dan 15km hanya RM7. 

Dengan caj serendah ini, GrabExpress adalah alternatif penghantaran yang sangat menguntungkan pengguna dalam tempoh pandemik.

Image

Lebih efisien

Selain servis pantas dan jimat, faktor lain menjadikan GrabExpress pilihan ramai adalah sistem dan perkhidmatan yang efisien. 

Paling menarik, idea GrabExpress memperkenal borang penghantaran yang boleh diisi sendiri oleh penerima ternyata menjimatkan masa pengirim.

Kaedah ini juga membantu mengelakkan sebarang kekeliruan seperti tersalah alamat penerima kerana semua maklumat penting ditulis individu itu sendiri.

Image

Sebagai nilai tambah, pengirim dan penerima masing-masing boleh memeriksa status penghantaran barang secara langsung bermula saat barang itu diambil sehingga ia dihantar dengan selamat kepada penerima.

Tawaran istimewa untuk pengguna baharu!

Sebagai rakyat prihatin, keperluan untuk kekal berada di rumah sepanjang tempoh pandemik adalah tanggungjawab kita bersama. 

Walaupun banyak keperluan dan tugasan luar yang mendesak, sebaiknya carilah alternatif lain yang lebih mudah dan selamat. 

Mendepani cabaran norma baharu, perkhidmatan GrabExpress antara pilihan ideal untuk kita kekal berhubung dengan pelanggan atau orang tersayang. 

Setakat ini, khidmat penghantaran 4-Hour hanya tersedia di sekitar Lembah Klang bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari. 

Bagi pengguna baharu yang ingin mencuba kecekapan servis ini, GrabExpress menawarkan tiga kali servis penghantaran secara percuma menggunakan kod HMEXPRESS, tertakluk kepada Terma dan Syarat seperti di bawah:

  • Tiga kali penghantaran percuma GrabExpress bagi setiap akaun.
  • Sah bagi semua pengguna baru sehingga 31 Ogos 2021.
  • Tidak boleh digunakan untuk penghantaran 'multi-stop'.
  • Terhad untuk 3000 penebusan sahaja.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan servis GrabExpress dalam norma baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan GrabExpress, layari www.grab.com/my/express

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 5:16 PM