Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Kawasan Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di sini, terjejas selepas dilanda ribut pada petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.40 petang berkaitan kejadian ribut terbabit sebelum anggota bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati beberapa pokok tumbang dan rumah mengalami kerosakan.

"Tiada kecederaan laporan kecederaan diterima hingga ke saat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, komander operasi masih membuat pemantauan di lokasi kejadian ketika ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian ribut dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini.

Satu video yang berdurasi sembilan saat memaparkan kejadian puting beliung sehingga menerbangkan beberapa keping atap dari premis berdekatan Kampung Tawas turut tular di media sosial.

Keadaan pokok tumbang di Taman Tasek Damai dan (gambar kanan) puting beliung yang sempat dirakam penduduk hari ini. Foto Ihsan JBPM dan Pembaca
Keadaan pokok tumbang di Taman Tasek Damai dan (gambar kanan) puting beliung yang sempat dirakam penduduk hari ini. Foto Ihsan JBPM dan Pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 January 2022 @ 9:45 PM