Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki mula berarak di sepanjang Jalan Bangsar, di sini, 11.20 pagi, hari ini.

Mereka yang bergerak dalam beberapa barisan turut melaungkan, "Hidup Rakyat, Tangkap Azam Baki!'

Turut berada di lokasi, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor bagi memantau perhimpunan berkenaan.

Beliau sebelum ini berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjuran perhimpunan itu turut melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 11:40 AM