Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki mula tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, 10.45 pagi, hari ini.

Dianggarkan kira-kira puluhan peserta berkumpul di bawah jejantas stesen LRT Bangsar.

Mereka memakai pakaian hitam turut membawa kain rentang serta plakad serta melaungkan 'Hidup, Bangkit Rakyat.'

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki jelas melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana pihak penganjur perlu memaklumkan kepada kami.

"Kami menasihati orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi menjaga keselamatan, ketenteraman awam serta kesihatan umum.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 11:13 AM