Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini, 11.10 pagi, hari ini.

Beberapa jentera FRU dilihat memasuki Jalan Bangsar menuju ke stesen LRT berkenaan.

Pegawai dan anggota polis dilihat dalam keadaan bersedia dan berkawal di lokasi terbabit.

Setakat ini, keadaan masih terkawal tanpa berlaku sebarang provakasi.

Terdahulu, beberapa peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki mula tiba di stesen LRT Bangsar pada 10.45 pagi.

Dianggarkan kira-kira puluhan peserta berkumpul di bawah jejantas stesen LRT Bangsar.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,

Katanya, pihaknya juga tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 11:22 AM