ANGGOTA bomba bawa keluar mayat lelaki b yang ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
ANGGOTA bomba bawa keluar mayat lelaki b yang ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Lelaki berusia 19 tahun ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali, dekat sini hari ini.

Mayat Muhammad Hamirul Abdullah dijumpai anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada 10.30 malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.07 malam.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Berdasarkan laporan awal, mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai itu.

"Kita segera menjalankan proses pencarian di sekitar lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 12:41 AM