ANGGOTA bomba mengangkat mayat wanita yang ditemui terapung dan tersangkut di dahan pokok dalam sungai. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mayat wanita yang ditemui terapung dan tersangkut di dahan pokok dalam sungai. FOTO ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan terapung di tempat perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, 1.11 tengah hari tadi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota mendapati terdapat mayat wanita terapung dan tersangkut di dahan pokok yang berada dalam sungai.

"Anggota mengangkat mayat itu dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Anggaran umur mangsa lingkungan 30-an dan identitinya belum dikenalpasti," katanya dalam kenyataan, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 5:05 PM