Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Bekas Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa hari ini.

Perlantikan Wan Rukman itu bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Norhalid Kimi yang bersara wajib selepas 37 tahun berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wan Rukman memulakan perkhidmatan dalam PDRM pada 1994 dan pernah menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu antara 2014 hingga 2017.

Majlis serah terima tugas antara Wan Rukman dan Norhalid disaksikan Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini.

Terdahulu, Rohaimi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Norhalid atas sumbangannya kepada PDRM.

Beliau juga yakin dengan kebolehan dan pengalaman Wan Rukman untuk menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu yang baharu.

ROHAIMI (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu antara Norhalid (kiri) kepada Wan Rukman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini. FOTO GHAZALI KORI
ROHAIMI (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu antara Norhalid (kiri) kepada Wan Rukman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 2:19 PM