DIDI Astillah. FOTO Arkib NSTP
DIDI Astillah. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah meminta abang iparnya yang juga penyanyi Aliff Azizi supaya berhenti memutarbelitkan fakta demi menutup kisah skandal bersama Ruhainies sehingga ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu. 

Dakwa Didi, Aliff tidak perlu berbohong kerana konflik rumah tangga antara dia dan Bella berpunca daripada Ruhainies.

"Memang masa abang (Aliff) mula penggambaran dengan R (Ruhainies) sikap abang dah mula berubah.

"Sudah, tak payah nak putar belit. Sekarang ini cerita dia memang perceraian ini gara-gara kes abang dan Ruhainies.

"Takkanlah pasangan kekasih yang sudah bermesraan dengan panggilan LU (Love You) dan MU (Miss you) datang ke set bersama tak buat apa-apa?

"Umpama kucing menolak ikan.. Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Didi, dia berasa pelik apabila Aliff tergamak dan terus memburukkan kakaknya yang didakwa menjalin hubungan dengan pelakon Muaz Zabir sedangkan Aliff sendiri pernah didakwa menjalin hubungan dengan isteri orang.

"Bila ada lelaki lain di samping Bella, tahu pula nak melenting. Tapi, masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga itu apa pula?" tulisnya.

Terdahulu Didi mengulas kenyataan Aliff ketika di temu bual program Melodi TV3.

Aliff antara lain terus menyalahkan kecurangan isterinya bersama Muaz sebagai punca keretakan rumah tangga mereka. 

Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai ekspres terhadap Aliff susulan aktor asal Singapura itu ditangkap khalwat.

Bagaimanapun pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella kerana masih menyayangi isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang berusia 3 tahun.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2024 @ 11:24 AM