Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 2,740,609 individu atau 87.1 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun sudah lengkap menerima dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui portal COVIDNOW, seramai 2,837,402 individu atau 90.2 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara seramai 22,827,262 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa sudah melengkapkan dos vaksin mereka, manakala 23,129,645 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 177,272 dos vaksin diberikan semalam, membabitkan 169,380 dos penggalak, 4,675 dos kedua dan 3,217 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,394,970 dos vaksin dengan 5,055,934 adalah dos penggalak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 10:28 AM