BERNAMA

Kuala Lumpur: Penerima vaksin Covid-19 berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin dan penerima vaksin Sinavoc berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya Februari tahun depan bagi mengekalkan status lengkap vaksin mereka.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, cadangan tersebut telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 - Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.

"Sekiranya tidak berbuat demikian, status anda akan berwarna putih dan tidak divaksin sepenuhnya di MySejahtera," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Beliau berkata, individu tersebut juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Sementara itu, Khairy berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 1:54 PM