ANGGOTA APM Kubang Pasu menyukat paras air yang meningkat berikutan berlakunya banjir di daerah itu sejak semalam. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM Kubang Pasu menyukat paras air yang meningkat berikutan berlakunya banjir di daerah itu sejak semalam. FOTO ihsan APM
Zuliaty Zulkiffli


Kubang Pasu: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 64 mangsa daripada 14 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang berlaku sejak semalam.

Jumlah itu meningkat berbanding 49 mangsa daripada 11 keluarga yang dilaporkan di tiga PPS berkenaan pada jam 8 pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, setakat jam 12 tengahari ini, Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang meningkat seramai 43 mangsa daripada sembilan keluarga.

Beliau berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal pula menempatkan seramai 10 mangsa daripada dua keluarga manakala PPS Dewan Kampung Nongka seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga.

"Jumlah itu dijangka meningkat bergantung pada paras air dan cuaca hujan pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 3.30 petang sebab menyebabkan paras air sungai berhampiran kawasan kampung berkenaan meningkat.

Antara lokasi yang dinaiki air adalah di Jalan Changlun-Jitra (hadapan Taman Jelutong, Changlun), Taman Sri Menanti, Taman Pertama, Taman Resak dan Jalan Sintok di Mukim Temin.

Selain itu, paras air turut meningkat di Kampung Padang Pasir di Mukim Sungai Laka, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal dan Kampung Tengah di Mukim Hosba.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 1:04 PM