PROSES menitiskan "extracted specimen" pada bahagian "specimen wall" pada kit yg digunakan dalam ujian Rtk Ag di Makmal Patologi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. FOTO Mohd Fadli Hamzah
PROSES menitiskan "extracted specimen" pada bahagian "specimen wall" pada kit yg digunakan dalam ujian Rtk Ag di Makmal Patologi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Daripada 20,573 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 13,519 kes atau 66.3 peratus daripadanya tiada sejarah vaksinasi, atau sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 6,877 kes atau 33.7 peratus mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

"Daripada 322 kes kategori tiga hingga kategori lima, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang lengkap di vaksinasi.

"Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata,

sebanyak 20,573 kes kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan positif kepada 1,844,835 kes.

Katanya, Selangor masih kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 3,886 kes diikuti Sarawak merekodkan 3,747 kes diikuti Johor (2,165); Sabah (2,136); Pulau Pinang (1,961) dan Kedah (1,587).

"Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,078 kes diikuti Perak (1,057); Terengganu (861); Kuala Lumpur (597); Pahang (486); Melaka (459) dan Negeri Sembilan 269 kes.

"Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu masing-masing 78 dan 25 kes manakala Labuan merekodkan empat kes," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 20,573 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kes pulih kepada 1,570,827.

"Terdapat 336 kes kematian membabitkan 274 warganegara dan 62 bukan warganegara dengan 107 adalah kes kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 18,219 kes," katanya.

Beliau berkata, selain itu, 1,338 kes pula memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 959 kes disahkan Covid-19; 379 kes suspek, kemungkinan dan kes dalam siasatan sementara 735 kes memerlukan bantuan pernafasan (436 kes disahkan Covid-19, 299 kes suspek, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 7:21 PM