Orang ramai hadir melakukan ujian saringan Covid-19 percuma di Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong
Orang ramai hadir melakukan ujian saringan Covid-19 percuma di Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Jumlah kes positif Covid-19 hari ini ialah 21,468 kes, hanya turun 200 kes berbanding 21,668 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,363,683 kes.

Menurutnya, daripada kes yang dilaporkan itu, sebanyak daripada 21,468 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 670 kes (3.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

"Manakala sebanyak 20,798 kes (96.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi," katanya pada sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini lengkap di vaksinasi (iaitu yang telah lengkap dua minggu tempoh selepas dos kedua vaksin).

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 2,183 kes.

"Sebanyak 1,807 kes direkodkan di Kedah diikuti Sabah (1,654 kes), Johor (1,485 kes), Pulau Pinang (1,316 kes), Kelantan (1,088 kes) dan Negeri Sembilan (974 kes).

"Perak pula merekodkan 940 kes diikuti Melaka (723 kes), Sarawak (715 kes), Pahang (572 kes) dan Terengganu (440 kes)," katanya.

Beliau berkata, Putrajaya merekodkan 66 kes diikuti Perlis (50 kes) dan Labuan (enam kes).

"Sebanyak 277 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan sebanyak 11,968 kes kumulatif atau 0.88 peratus.

"Kes sembuh pula seramai 17,025 kes menjadikan jumlah kumulatif 1,110,528 kes kumulatif atau 81.4 peratus," katanya.

Tambahnya, 1,075 individu memerlukan rawatan di unit rawatan rapi di mana daripada jumlah itu, seramai 537 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 6:23 PM